Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Tuesday, July 18, 2017

Dunia hampir ke penghujung

Saja nak lepaskan apa yang tersimpan didalam dada semenjak dua menjak ni. Rasanya dah lama tak ke sini. Kerana waktu yang mengisi sebahagian besar ruang seharian kerana itu, tidak berkesempatan untuk menyimpan perasaan dikoleksi catatan.

Dunia semakin hampir ke pnghujung. Erti kata lain, dunia semakin tua. Usia yang semakin usai. Macam manusia juga lah, semakin hari semakin lanjut usianya. Setiap tahun, manusia tidak lupa untuk meraikannya. Suka sungguh manusia apabila usia mereka meningkat. Disambut dengan keramaian, dengan suasana yang meriah. Penuh dengan ketawa. Sahabat handai adalah para tetamu yang hadir dan mereka semua mengucapkan selamat hari lahir !! Wow !! usia semakin meningkat. Setahun demi setahun. Jelas lagi nyata - tak esok, lusa la akan mati !!

Tapi tu la, seronok sungguhkan mereka. Nampak macam tak sabar-sabar nak tua. Macam dah bersiap siaga untuk bertemu dengan hati kematian. Hebat betul lah mereka ni. Kena beri tabik spring !! Ada kemungkinan mereka ini sudah pun bersedia daripada semua elemen. Erti kata lain, mereka sudah pun memenuhikan dada mereka dengan keimanan, ketaqwaan dan ilmu akhirat. Sure punya !! 

Mesti mereka sudah pun katam alQuran every bulan ramadan. Dan tidak pernah tinggal puasa dan lebih-lebih lagi rajin berpuasa sunat setiap minggu. Hebat sungguh la mereka ni. Gaya mereka tidak menunjukkan mereka ni 'kaki' masjid tapi tu la ... mungkin mereka tidak mahu berlaku riak so, segala kebaikan dan ilmu yang mereka ada tu, mereka simpan dalam diam. Wah !! Sangat baiklah macam tu. 

Patutlah, mereka beria-ia menantikan birthday bash setiap tahun, sebab dia sudah pun membuat persiapan untuk hari akhirat. MasyaAllah. Allah SWT saja yang tau akan kesungguhan para hamba NYA. 

Tak macam aku ?!! 

Birthday tak celebrate pun. Sebab tak sedia lagi untuk menjawab Q&A dengan malaikat Mungkar & Nakir. Amalan jangan cakaplah - kumpul punya kumpul belum cukup 100 halaman pun.. Kalau nak dibukukan - satu muka surat, still pada garisan yang pertama. Macamana nak berdepan dengan Tuhan esok ni?? !! Allahukabar. 

Rasa segan ada. Rasa berdosa ada. Rasa bersalah ada. Rasa tak bertempat ada. Rasa kerdil ada. Rasa serba kekurangan ada. Rasa tak berapa nak bijak pun ada. Semua adalah.

Pikir punya pikir  - tak taulah, solat yang aku laksanakana selama ini, perfect tak ? Bacaan surah - surah al quran - betul tak ?

Betul la dunia dah semakin tua. Semua ini dalam izin NYA. Segala kekurangan dan kelemahan aku akan aku perbaiki selagi hayat dikandung badan dan aku akan mintak sedaya upaya keizinan daripada DIA yang Maha ESA sesungguhnya DIA Maha Pemurah lagi Maha Kaya.

Ya Khafi
Ya Ghanny
Ya Fatah
Ya Razzak
Ya Labbaika

Please have mercy on me !
**


No comments:

Post a Comment