Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Tuesday, August 29, 2017

Dia tak marah tapi dia merajuk ...

Teringat saya pada alkisah yang pernah diceritakan pada saya suatu masa dulu. Hari ini macam ingat tak ingat tapi elok sungguh untuk dijadikan iktibar. Garis panduan agar kita sesama manusia tidak 'take things for granted'. 

Ada sebuah famili. Sepasang suami isteri yang sudah pun mendirikan rumah tangga selama 10 tahun. (Semasa cerita ini disampaikan pada saya, ia 10 tahun dan hari ini, kisah itu sudah saya simpan selama 10 tahun sudah)

Mereka dikurniakan sepasang cahayamata. Masing masing berusia 6 dan 5 tahun. Pada awal perkahwinan semua saling sayang menyanyangi dan saling hormat menghormati. Seperti rumah tangga yang lain juga. Namun begitu akan tetap timbul masalah yang biasa - biasa juga, seperti pasangan lain.

Nak dijadikan cerita, sejak mereka mendirikan rumah tangga 10 tahun, keadaan kini berubah. Masing-masing sibuk dengan kerja dan mengejar kejayaan dalam bidang kerjaya masing-masing. Namun begitu, si isteri sanggup korbankan kerjayanya kerana dia menyedari anak-anak tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Suami tidak membantah apabila isteri sanggup berhenti dari kerja dan kini menjadi ibu sepenuh masa. Lalu hanya dengan seorang saja yang bakal membekalkan seluruh rumah, suami menyarankan agar pembantu rumah dihentikan. Kerana gajinya yang tidak mampu dibayar seandainya, hanya berharap dengan pendapatan suami. Isteri turut setuju.

Masa berganti. Selepas isteri menjadi ibu sepenuh masa, segala urusan rumah tangga, menguruskan anak-anak dan perihal sekolah juga isteri yang menanganinya. Tidak pernah sekali dia merunggut pada kesibukannya malah sebaliknya dia senang dengan dia kini mampu melihat anak-anaknya membesar didepan mata. Isteri, malah memberikan didikan agama dan bimbingan berperikemanusian pada anak - anak demi masa depan mereka.

Sebagai keputusan, anak -anak berjaya dengan cemerlang disekolah. Jika dibandingkan sebelum ini. Puas dan rasa sungguh bangga dengan pencapaian anak-anak. Isteri merasakan berbaloi dia korbankan masa depannya demi masa depan anak-anak. 

Dengan suami pula lain kisahnya. Setiap kali, isteri kongsikan perkembangan terbaru mengenai anak-anak, suami mulai bosan. Suami menekan kan bahawa dia kini stres dengan kerja yang tidak pernah habis. Setiap hari, suami akan berikan alasan yang sama apabila tiba dirumah dan dia menolak untuk beriadah bersama kelaurganya. Secara tidak langsung suami kini semakin berjauhan dengan ahli keluarganya. Menjadikan mereka semakin renggang. 

Puas isteri memujuk dan beralah dalam hal begini. Tidak diganggu suami itu apabila dia mahu bersendirian dengan bersangka baik semata-mata selama ini. Selama suami mahu dibiarkan dirinya dengan dunianya, isteri terasa akan kesunyian itu. Apabila disuarakan pada suami, suami tidak ambil peduli. Baginya isteri hanya beremosi. 

Keadaan begini berpanjangan. Saban hari isteri yang pada dulunya seorang yang ceria, mudah ketawa, mudah diajak bergurau senda dan suka membuat insan lain turut ketawa tetapi hari ini, dia lebih murung dan selalu sunggul. Sukar untuk temui senyuman diwajahnya. Melainkan dipaksa untuk disenyum barulah akan timbul senyuman itu pun tidak lengkap pada senyuman itu. Bukan isteri tidak mahu tersenyum kembali tetapi didalam hatinya kini sudah tawar dan hambar disebabkan sikap suami yang sudah lama membiarkan dia 'sendirian'.

Suatu hari, hari ahad. Sudah berkali-kali suami memungkiri janji untuk mereka satu famili makan angin walaupun hanya sekitar kawasan berhampiran. Apabila isteri menuntut janji tersebut adalah semata-mata kerana anak - anak yang sudah lama inginkan masa untuk bersantai.

Alasan isteri tidak dipedulikan sebaliknya suami menuduh isteri mengada-adakan cerita sedangkan yang mahu sungguh bersantai adalah iseri dan dijadikan anak-anak sebagai alasan. Sungguh isteri tidak meyangka tuduhan seperti itu dilemparkan padanya. Sedangkan apa jua alasan yang diberikan adalah untuk kebaikan mereka sekeluarga.

Melihat respon suami, isteri membuat keputusan untuk dia sendiri bawa anak-anak mereka sekadar menghirup udara segar diluar rumah.

Suami izinkan. Sebelum isteri dan anak-anak melangkah keluar ...

Suami :Awak marahkan saya ke ? Sebab tak bawak awak dan anak-anak jalan-jalan?
Isteri : Saya tak marah, Saya tak pernah marah abang. 
Suami : Habis tu kenapa muka awak pucat semacam je?
Isteri : Tak ada apa apa la abang. Dah macam ni saya selama setahun ni pun kan
Suami : Awak merajuk ke?

Isteri tidak menjawab. Mereka keluar setelah izin diberikan dengan cara baik.

Isteri yang berjanji akan pulang sebelum maghrib, sehingga isya belum pulang. Apabila suami telefon telefonnya tidak berjawab. Dia jadi baran. Pelbagai tuduhan dilemparkan pada isteri dalam bersangka buruk terhadapnya.

Malam tu, lewat malam, dia terima panggilan daripada hospital dan diminta untuk ke hospital dengan segera.

Seperti kilat suami ke hospital. Dalam perjalanan ke hospital, dia sudah berspekulasi, anak-anak dan isterinya ditimba kemalangan. Sekali lagi dia bersangka buruk dengan isterinaya yang tidak berhati hati ketika memandu. Malah lebih dari itu, dia masih memikirkan kekurangan dan keburukan sang isteri. 

Tiba dihospital, suami disatukan dengan anak-anaknya. Anak-anaknya semua sihat sejahtera dan tidak sedikit pun cedera dimana-aman. Suami menjadi hairan lalu bertanya.

Suami : Tadi kemalangan ke?  Anak-anak abah tak sakit mana-mana ke?
Anak Bongsu : Tak.
Anak Sulung : Siapa kata kita kemalangan abah? Kita tak kemalangan la. Kita kat sini je. 
Suami : Buat apa kat sini?
Anak Sulung : Setiap hari Ahad, Rabu dan kadang -kadang Sabtu kita ikut mama ke hospital.
Suami : Untuk apa ?
Anak Sulung : Laa abah ni. Macam tak tau. Kat sini lah mama ambik ubat.
Suami : Mama sakit ?
Anak Sulung : Ya la mama sakit.
Suami : Mama sakit apa ?
Anak Bongsu : Mama sakit kat sini. (Sambil ditunjukkan pada bahagian perutnya sendiri)
Suami : Mama sakit perut ?

Kedua-duanya anggukkan kepala serentak. Suami melepaskan nafas kelegaannya kerana isteri nya hanya sakit perut.

Datang djururawat dan menghampiri mereka tiga beranak.

Misi : Encik suami nya ke ?
Suami : Ya saya.
Misi : Sila isi borang ya.
Suami : Boleh isteri saya balik Nurse?
Misi : Kalau semua okay. Boleh lah.
Suami : Baiklah
Misi : Encik nak jumpa dulu isteri encik ke? Sebab anak-anak dah jumpa tadi.
Suami : Eh, tak apa lah. Nanti kat rumah jumpalah. 

Wajah jururawat tidak memberikan espresi yang banyak.

Suami : Nurse kenapa banyak sangat dokumen nak kena isi ni?
Misi : Prosuder

Suami anggukkan kepalanya.

Misi : Urhmm, nanti staf pengurusan jenazah tiba saya bawak mereka terus untuk jumpa dengan encik ya. Boleh lah nanti encik bincang dengan mereka untuk pengurusan selanjutnya. Termasuklah dengan van jenazah, itu pun akan mereka uruskan.

Suami : Maaf saya tak paham nurse? Tadi nurse kata isteri saya sakit perut. Nurse mesti dah salah pesakit ni. 
Misi : Bila masa saya kata isteri encik sakit perut? 
Anak Sulung : Abah. Abah. Mama bukan sakit perut la. Mama sakit diperut. Bukan sakit perut.
Suami : Apa ni? Abah tak faham?!
Misi : Betul lah tu sakit dibahagian perut, Pesakit barah kolon memang akan merasa sakit dibahagian perut.
Suami : Barah? Isteri saya mana ada barah? Dia tak ada barah. Kalau dia ada barah, mesti saya tahu! Mesti dia baru dapat kan barah tu? Baru .. macam minggu lepas ke kan?
Misi : Encik salah. Isteri encik disahkan barah sejak setahun yang lalu. Doktor dihospital ini yang mengesahkannya dan juga mewaratkannya. Tapi sejak 3 bulan yang lalu, isteri encik tidak lagi mahu menerima sebarang rawatan dan perjumpaan dengan doktor juga dihentikan.

Dunianya dengan tiba-tiba sudah berhenti dari berpusing, Dia dapat merasakan bagai dihumban kedalam perut bumi, sedalam-dalamnya. Sesak pernafasannya kini diluar kawalannya. Belum pernah dia merasakan sebegini rupa. Dia tewas.

Anak Sulung : Mama kata, abah jangan risau, along dan adik pandai bawak diri mama dah ajar kami. Ni, mama dah siapkan wasiat untuk kami supaya kami tidak akan menyusahkan abah esok nanti. Kami berjanji tidak akan menyusahkan abah. Kami dah berjanji dengan mama akan jadi anak-anak yang baik. Abah boleh tak sudi jaga kami sekarang, sebab sekarang mama dah tak ada.

***
Begitulah kisahnya. Kesampaiannya kisahnya mudah akan tetapi mesej disebaliknya itu sungguh menyayat hati. 

Apa yang boleh diambil dari kisah ini, harus ada imbangan antara kehidupan dan kematian.  Tika hidup dalam kehidupan, akan berlaku kekerapan pekara yang akan mengalihkan perhatian seseorang akan tetapi harus juga lah membuat persediaan pada kematian. Apabila seseorang itu membuat persediaan hal kematian, dia akan lebih dekat dengan Allah, dekat dengan Allah akan mendekatkan lagi dirinya dengan insan yang dikasihi sekelilingnya. 

Tidak semua sedia maklum dengan kebenaran ini. Pada yang mempercayai kewujudan Allah dan kebenaran KuasanNYA akan memahaminya dengan sepenuh jiwa dan raga. Berususan dibumi tanpa mendahulukan Allah, bukan begitu caranya. Kerana itu, ambil masa untuk muhasabah, cari dimana titik permulaan dan sehingga ke hari ini, sudah pasti ada kekhilafan. Pasti ada, kerana kita ini dijadikan penuh dengan kekurangan dan sesungguhnya DIA akan melengkapkan. 

Atas nota lain : Semasa insan masih hidup, jangan ditangguhkan untuk melihat, menyayangi, mengasihi, bersama dan sekurang-kurangnya ambil peduli. Kerana selepas dia tiada lagi dibumi, sudah tiada guna untuk meratap dalam tangisan kerana si mati dan perihal dunia sudah putus sama sekali. 

***

Nota Kaki ::
Ini hanya perkongsian dalam latihan memperbaiki penulisan dan penyampaian plot. Tiada kena mengena dengan siapa yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. 




Monday, August 28, 2017

Bodoh Si Permaisuri

Usah cepat patah hati
usah segera menunding jari
yang buruk, yang peduli ini
sudah lama mati
kekalutan ini
bukan niat semulajadi
arahan dari atas
dikirim untuk diuji
jangan dinilai, jangan dicaci
ujian baginya - hampir meragut nyawa sendiri

Bukan meminta ehsan simpati
cukup hari saling mengerti
pada penghujung, timbul benci
nyata, realiti ini
yang bodoh si permaisuri

***

Sunday, August 27, 2017

Mana lebih sakit

Luka dijari
atau
Luka dihati

***

Saturday, August 26, 2017

Tinggalkan saja disini

Saat itu akan tiba
aku pasti
tidak aku mengharapakan
akan tetapi
ia kini sudah jelas sekali
getarannya lantang menusuk naluri
imbasannya seakan nyata
dikau tidak peduli
akan kesannya

Lalu biar daku mempermudahkan untukmu
tinggalkan saja semua disini
tiada bawa duka bersama
apatah lagi luka tiada berganda-ganda
lupakan semua yang pernah memberi erti bahagia
usah menoleh kembali
untuk melihat lekuk yang bersudut ini
apa jua natijah ini
tinggalkan saja disini
tingglkan daku dengan sengsara ini
bukan lagi untuk dikau bertanya lagi

Tinggalkan saja disini
aku dan memori
bukan lagi urusanmu untuk mempeduli



#hanyatuhansajatyangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad

***


Maafkan daku

Satu barisan ayat yang mudah melepasi
garisan bibir
tetapi amat sukar dilafazkan

Telah aku maafkan dikau
Saru barisan ayat yang mudah melepasi
garisan bibir
akan tetapi melafazkannya
bagai dihunus belati pada nyalinya 

#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad

***


Friday, August 25, 2017

Hanya Tuhan saja yang tahu

Kesulitan ini banyak mengajar aku nikmat sakit.
Yang belum permah aku rasakan sebelum ini,
Hatta, aku bersyukur pada NYA kerana memberi aku peluang untuk melafazkan Kebesaran NYA.

***

Sungguh cantik ciptaan ILAHI
padaku diberikan hidayah ini
berkat doa dan harapan ini
daku sungkan untuk akui
pada kebenaran yang kini jelas didalam hati
kehadiran pada malam yang sunyi
kini berganti tiada lagi sepi

Ya Rabb
tidak mampu untuk aku menafikannya
apatah lagi untuk mendustakannya
realiti bukan lagi mengigit jari
akan tetapi aku tiada lagi sangsi
namun kebinbangkan itu sering hadirkan diri
bagaimanakah mungkin aku hadapi
esok, sekiranya apa yang permah aku miliki
kini hilang dan tiada lagi

**
#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad

***



Thursday, August 24, 2017

Kerna dikau sahabatku

Banyak sudah liku liku kita hadapi bersama
segala onak dan duri kita lalui
sukar dan kepayahan
kedukaan dan kesengsaraan
tetap teguh bersama

Apa lagi yang belum kita redahi
pengalaman pahit banyak mengajar
erti nikmat sakit
erti nikmat yang tidak mungkin lain merasakannya
namun kau dan aku berulangkali merasakannya

Itulah nilai persahabatan ini
kasih sayang yang tiada akhirnya
kerinduan yang berhujung nyawa
sudah pasti selepas ini
kita mahu bertemu lagi
itu telah kita membuat janji

Pautlah dikau dengan tali kesetiaanku
dakaplah pada kejujuranku
peganglah erat tangan kiriku
kerna tangan kananku mahu memikul kebenaran persahabatan ini
ingatkanlah selalu lukisan ditanganku
itulah lakaran keihklasan antara kau dan aku

Akan tetapi
buat sementara waktu
haruslah kita berpisah untuk seketika
kerana ajal itu tidak berkata dua

Yakin lah
akan kembali bertemu disana
dimana nanti
kita mampu kembali sambung menyulam erti persahabatan
buat selama-lamanya

Aku tidak akan selalu ada
andai aku dipanggil terlebih dahulu
bahagialah dikau didalam doa-doa rindu

Moga tidak dengan mudah dikau melupakan aku.

Moga cinta antara sahabat sahabat ini sampai ke Syurga NYA.

Wallahualam

#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshadian
#ngajad

***





Trust HIM

It's almost over
try to hang on ... a little longer
pretty much
very soon
what was our shall be declare
able to claim
able to redeem

It is just a matter of time
until we meet again

But before the end comes to the beginning

Trust HIM
and no one else

Only HIM
we shall return

One day .. that one day shall be true
the new beginning
the new life

awaits ! for those whom believe in HIM

(44 : 1-59)

#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad

**

Saturday, August 19, 2017

Sampai Disini ...

Selesai badai
membantai senja
yang tinggal kini aku
dan harapan serapuh kaca
dmilik apa lagi
kepunyaanku
ragaku sudah tidak benyawa

Hanyut malam dibiarkan sengsara
kala guguran mimpi berpisah tiada
ku kaut intan dan permata
siapa sangka rambang mata
tewas aku sebatang kara

Selesai badai
anggaran nestapa
lopak cintuh kujual kesemuanya
payau halwa, dugaan ku semata-mata
luka lama berdarah ku rasa

Hanyut malam dibiarkan merana
tiada sudi bintang dan pelangi
sudah tiba masa, berani tiada
nescaya perih berulang saat pagi senja berganti

#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad
***




Lukisan Duka

Redup senja ku amati
jingga jiwa jelaga aku disaat ini 
berguguaran dedaunan kering layu, bersepah diatas bumi
tika aku melihat dikau yang sedang melihat lautan api

Jauh sungguh renunganmu
mendalami lautan yang bukan milikmu
jelas dimata, jua nyata dihati 
dikau laksana mahu turutkan kata hati

Sukar bagimu
seribu kali sukar bagiku
payah untukmu
seribu kali payah buat
patah hatimu
lalu, daku bagaimana, tidak kah kau ingin tahu

Badai semalam ku lewati 
membolosi ruang dimensi
kau dan aku sama
mengingkan impian yang serasi 
akan tetapi harapan tidak serupa
menjadikan kita insan yang saling tidak mengenali 

Hampa 
Kecewa dan terasa bagai didusta

Lewat senja begini, aku masih sendiri 
untuk ku mengenangkan kembali 
disini, kau dan aku pernah berjanji 
untuk tidak melukisan lukisan duka - ditinta nyali


#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad
 

Friday, August 18, 2017

Laksana Jentayu Menantikan Hujan

Jauh sungguh lara hatiku dibawa pergi
meratap duka kian nestapa
mencari penawar merata
tiada balutan yang sesuai untuk pembalut luka

Sengaja aku tidak menceritakan padamu
tentang kesengsaraanku
bukan aku bertujuan untuk menipu 
tetapi dikau lebih dulu mahu menebar ketidakdayaanmu 
dikau berbicara tentang rindu

Aku memberikan dikau ruang 
agar mudah untuk dikau melepaskan 
kisah rindumu
kisah sepimu

Kesetiaanku terus menunggu
menjiwai barisan ayat-ayat sepi 
keterlanjuranmu menghanrungi dunia ini
aku turut bersimpati

Sampai kapan pun aku tetap sudi 
terus menemanimu, menjadikan aku pendengar rindu yang tega
sebagaimana dikau melihat aku takala ku sendiri
mana mungkin akan dikau ketahui 
segala rahsia yang ku simpan sendiri

Tidak perlu aku menceritakan padamu
tentang kedukaanku
sesungguhnya tika aku melakarkan puisi 
tika itu aku sedang merawat luka dihati
namun tidak dikau ketahui 
kerana aku bijak menyembunyi
kerana aku tidak mahu 
dikau dibebani 
pada silam yang sudah lama memakan diri

Selayaknya dikau bertemu bahagia
dalam seloka berirama cinta
tiada duka harus kekal selamanya

Berbahagialah dikau 
sesungguhnya daku tidak akan selalu  - ada. 

#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad
***



Thursday, August 17, 2017

If only I knew

Made the moments went by 
feeling awkward
I can't really guess why
he kept it for not being forward

We never before we said goodbye
we were too afraid to be apart
but as time flies
I began to realized it is so hard

His silent was killing me
not telling was that easy
how could I've ask instantly
when he went missing virtualy

You should have said something
for at least for me
but now I knew, after much thinking 
us was never meant to be

and now ... we had to
It was our first and last goodbye

I'll miss my 'moment' ...

#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad

Masih berkarya dalam kesusahan ini. Mencari ilham kesana dan kemari. Bukan senang mencari rezqi. Apatah lagi sesuap nasi. Sukar bagaimana sekalipun, kehidupan ini harus diteruskan. Tiada yang mudah dipandangan mata malah lebih berat sangatlah nyata. Kudrat mudah lelah. Namun jiwa tetap mencari keredaaNYA.

Hanya pada Tuhan yang satu, aku rasa segan untuk meminta. Pada siangku yang panjang dan malamku yang kelam. Serba serbi aku tidak punya apa. Kekurangan diri, aku berani mengaku saja, sesungguhnya aku antara para hamba yang tidak sempurna. 

Mudah-mudahan sempatlah aku mencari ilmu. Melengkapkan diri sebelum 'bertemu'. Kepercayaan kepada ILAHI aku akui - mungkin sebentar lagi aku akan mati.
***



Wednesday, August 16, 2017

His last words

It was a beautiful warm day. The sun was bright smiling like the children at play. Sitting by the sea, you and me, this is the place we would like to be. His face was calm while his eyes was staring at me. He tried to smile, I knew. But he can't, so a kiss to him I blew. My hands were in his. He knew. Forever shall it be, his hands shall belong to me.

A minute longer he ask for, stay by the shore and nothing more. I felt what he meant, as this is not the first time also let it not be the end. As the sun began to sat, he holds me closer, asking me not forget. As this moment is moment to kept.

On my cheek, I felt tears. Cold as ice. Then I realized those aren't mine, those tears was his trying to remind.

Slowly, he look at me and say ...  

"Oh The AlMighty
please take away this pain
I can't ... bear it again ! "

He said that while he lay rest close to my head
If only I knew those were his last words
I would maybe
have said
HIS mercy is never too far
HE will be there
no matter where you are

For the last time, I held him ... I know, its time to let him go.

May The AlMighty grand him Paradise.
***

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad



Tuesday, August 15, 2017

My Flower

Kept in me
close to my heart
it shall be
making me happy
knowing you, knew it was me

My flower
everyday you bring me
everyday  I am happy !

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***


Monday, August 14, 2017

Ilham datang dan pergi, bukan untukku bermiliki.


#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad


Sunday, August 13, 2017

Hujan

I saw the rain
I felt the pain

Wanted to cry
For somethings that I can't deny
 
Felt it hurt
Burden my words

Kept it in me
Hoping for tomorrow, maybe

Shall it rain again
And i shall see
What life shall bring me.

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***



Janji Adam OST Hati Ini, Ayu OIAM



THROWBACK

Drama  Episod - JANJI ADAM  2013
Production - Creative Skill Solution
Penerbit Eksekutif - Azlina Sanimin
Penerbit - Suriyati Sidek
Arahan - Aidilfitri MY
Ide Asal - Shahrizad Shafian
Skrip - Shahrizad Shafian & Nieza Nahar
Pelakon - Zul Ariffin / El Faeza  / Zoey Rahman / Fify Natasya / Dato Jalaludin Hassan / Zarina Zainudin
OST - Hati Ini  - Ayu OIAM

#shahrizadshafian
#ngajad

Friday, August 11, 2017

Kangen

Ucapan yang tidak asing lagi bagiku
siang dan malam saling berganti
namun rindu tetap kekal terasa didalam hati
rindu yang kubawa sehingga ke penghujung garisan ini

Namun sayang sekali
amatlah sukar bagiku
untuk membuktikannya
segenap ragaku, telah ku persembahkan padamu
seluruh jiwaku, telah ku tujukan padamu
janjiku hanya tinggal janji

Aku kesal dan malu dengan kekurangan sendiri
kemana lagi harus aku bawa pergi
apa yang tinggal kini

Dalam ketandusan harga diri
kekontangan bicara dunia
aku amat merinduimu

Ya Rasulullah SAW
Junjungan Bagindaku
Rasulku

Kau mengertikan nilai kasih dan sayang
Kau adalah anugerah paling bernilai kiriman Tuhan
Kami amat memerlukan Sya'faat mu
sudilah kiranya kami, kau panggil nanti
untuk sama-sama meniti titian siralmustaqim

Kami memohon rahmat dari NYA.

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***


Thursday, August 10, 2017

Tell me when

I saw you looking at me while Iam looking at you
for a moment I knew it was you wanting to look at me
deep inside it felt right
knowing it was you 
whom looking at me
at that time

Tell me when - I shall no longer depend

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***
Trying my best to complete my manuscript before the month's end - InsyaAllah. May The AlMighty have mercy on me. 


Pengorbanan

Telah banyak aku korbankan
bukan semata-mata mahu membuktikan padamu
tetapi untuk aku
merasa nikmat memilikimu

Pengorbanan apa lagi mahumu
andai luka semalam masih segar melukai hatimu
pembalut janjiku tidak mampu melenyapkannya
aku buntu

Telah kehabisan garisan-garisan ketelusuan aku persembahkan
segala sukarmu, ku amati
telah aku genggam bara sakitmu
agar dikau bisa melihat dunia sekali lagi

Tetapi masih belum pulih isian hatimu
apakah aku tidak bisa mengubati luka lamamu
mungkin saja bukan aku seharusnya merawatmu
mungkin segala pengorbananku hanyalah hampa dan menipu

Pengorbanan apa lagi ?
aku buntu
***


Tuesday, August 8, 2017

Aku

Aku tidak mudah lupa
cuma aku tidak ingat

Aku tidak mudah melupakanmu
cuma aku tidak sengaja tidak ingat padamu

Aku tidak mudah mahu melupakannya
cuma aku tidak mudah mahu melupakannya

Aku sedaya semahuku
tidak mahu menjadi aku
tika disaat ini
akan tetapi
aku tetaplah aku
dan selamanya aku akan tetap menjadi aku
sehinggalah aku mahu aku tidak mahu lagi menjadi aku
***


Monday, August 7, 2017

HE listens

When i miss you
I don't call you
I pray
because
HE hears me better

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***




Thursday, August 3, 2017

Aku

Bukan marah
Bukan benci
Bukan dengki
Bukan iri hati

Bukan aku sengaja menyukarkan lagi situasi
Bukan aku buat-buat tidak mengerti

Bukan aku tidak peduli
Bukan aku sengaja mahu meyakiti

Cubalah kau memahami
Aku hanya manusia, tidak ubah seperti dirimu

Beban yang aku bawa kesana dan kesini
Kesakitan yang aku simpan selama ini
mampukah lagi aku untuk berterusan menjalani
sedangkan kau - sedikit pun tidak sudi

Aku tidak marah
Aku tidak benci

Aku kesal - dengan kesabaranku, kau berterusan membiarkan aku sengsara sendiri.
***